Tuesday 4 October 2011

Mentari Di Sebalik Broga

Salam....:)

Hari ni nak story pasal pengalaman mendaki ke puncak Bukit Broga 2 hari lepas...hihi...ayat dah macam mendaki ke puncak Kinabalu....padahal Broga je pun..Tapi tak kira lah Broga ke Kinabalu ke...tujuan tetap sama...nak tengok keindahan alam ciptaan Allah dan mendapat kepuasan mendaki tapi pada masa yang sama dapat mempelajari sesuatu..Bukan ketinggian gunung yg mnjadi ukuran, tapi apa kita cari dan dpt untk manfaat diri serta org lain...

Perjalanan bermula pada pukul 2.45 pagi dari BMI bersama dengan ahli2 kelab Carrier Guidance dan Ikatan Study Islam(ISI)...Kami sampai sana dalam pukul 4.00 pagi cam tu.. Untuk pengetahuan, tempat starting point nak panjat broga hill ni adalah dekat dalam ladang kelapa sawit...aku tengok kiri kanan semua ladang..tak nampak pun mana Bukit Broga...maybe waktu tu gelap sangat kot...



Sesi taklimat sebelum mendaki....pastikan bawak lampu suluh,,sentiasa ngan group masing2 dan bla3X




Disebabkan mendaki dalam gelap,,perjalanan agak menakutkan aku...huhu..Memang agak penat, bermula dengan bukit2 yang landai, seterusnya tangga2 bukit dan pendakian beginner stage. Terus terang masa dalam perjalanan nak naik tu memang sangat penat ... Sampai satu tahap tu, walaupun energy masih ada, tapi jatung degup macam nak terpecah keluar,...=__="



Setelah bersusah payah (susah la sangat) selama lebih kurang 45 minit, akhirnya kami berjaya menawan puncak pertama broga hill. Dia ada lebih kurang 4 puncak rasanya dan jarak antara puncak-puncak ni tak ada la jauh sangat.




sila abaikan minah yang membajet comel kat depan tu..cuba tengok belakang..Wahhhh..dah nampak seluruh bandar...


Kat puncak yang terakhir ada sign board selamat datang yang menyambut setiap pendaki. Kalau sesiapa yang panjat broga hill, wajib ambil gambar dekat sign board nih untuk membuktikan korang memang betul-betul dah sampai ke puncak broga hill.





Yeahh!!!Bukti yang kami btol2 dah sampai XD



Subahanallah..Indah sungguh ciptaanMu


Di puncak itu..
Aku curi cebisan alam yang mampu tanganku gapai
Aku intai keindahan langit
Yang sempat mataku lirikkan
Lalu aku cuba sentuh cahaya matahari
Dan izinkan aku memuji
Wahai Sang Mentari
Sujudmu mengesakan Al-Wahid (Maha Esa)
Sinarmu memuji An-Nur (Maha Bercahaya)
Kehebatanmu bualan semesta..
Subahanallah....



Sepanjang pendakian, jalan pun tak terlalu curam....Perjalanan turun memang amat mencabar sebabkan bermula ni lah perasaan gayat tu akan timbul sebab kita tengok ke bawah.


Disarankan sangat-sangat untuk memakai kasut yang mempunyai grip kuat sebab kalau hujan kan, jalan sangat licin dan boleh membawa maut.,,,Akhirnya dalam kurang 1 jam kot.. kitorang dah berada di kaki bukit. Lutut dan peha memang exhausted sebab masa turun memang menghasilkan tekanan tanggungan berat badan yang tinggi terhadap kaki....acecehhh!! aku cakap dah macam geng kembara dah...hehe


Kenangan manis bersama...:)





p/s: Ya Rahim Ya Rahim Ya Rahim..

      Pegang hatiKU

      Biar AKU tunduk seperti Mentari-MU

     Biar AKU berserah seperti Bumi-MU

     Supaya aku taat seperti Malam dan Siang......Amin

     Ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment