Thursday 7 September 2017

IKHLAS

Tau apa yang paling mahal dalam dunia ni?

IKHLAS!

*nanti bila ada anak aku nak bagi nama dia Ikhlas. Supaya dia selalu ikhlas dgn segala mak nenek ujian dalam dunia ni..
Ikhlas! Hmmm sound's good 😆🤣

I'm Alien

Aku dh jumpa satu lagi kebolehan istimewa dlm diri aku. 

Iaitu hati aku boleh dipatah2 dicantum then dipatah2kan balik sampai lebur dengan selambe..sampai dah tak rasa apa2...

Sunday 23 July 2017

Catatan Buat Bonda


Bondaku,

Moga di alam sana cintaNya melimpah limpah buatmu.

Moga rumahmu lapang , disinari cahaya dari setiap sudut. 

Hinggakan tidak ada satu pun kegelapan berani dekat..

Moga disana layanan untukmu melebihi bidadari.

Moga doaku sehari-hari Dia sampaikan kepadamu dalam sesaat.

Moga disana nanti,

akan kumampu capai & genggam tanganmu, 

Kita ke syurga bersama..


Di sini,

Di dunia yang sementara..

Kenangan kita kusimpan

Semat dalam kalbu..



Ma,

DikNor rindu..😢


~al-fatihah

 

Friday 9 June 2017

Catatan 15 Ramadhan

Buat jiwa yang sedang lesu,

Teruskan perjalananmu,
Dapatkan apa yang kau ingin capai,
Usah berpaling ke belakang lagi..
Andai ada yang mencintaimu seikhlasnya,
Pergilah,
Raikan keikhlasannya..
Andai ada yang memilikimu tetapi tak menghargai,
Pergilah darinya
Jauhi dia,
Kerana kesetiaanmu tak selayaknya dibalas sebegitu,
Dan kerana yang namanya peluang itu takkan ada yang ketiga atau keempat.
Mungkin kau dilihat polos,
Tapi kau bukanlah bodoh..

Murahkan hatimu
Tapi bukan untuk cinta manusia semata,
Kerana yang dinamakan cinta itu lebih banyak yang menipu..
Usah kau perlekehkan cinta dalam persahabatan,
Kerana atas dasar cinta seorang sahabat,
Seorang Saidina Abu Bakar merelakan dirinya menahan patukan ular dari terkena baginda Rasulullah SAW.
dan kerana kuatnya cinta seorang sahabat,
Seorang Salman al-Farisi merelakan dengan ikhlas bila gadis yang ingin dipinangnya lebih memilih sahabatnya Abu Darda sebagai suami..
Dari itu.,
Bukakan hatimu
Buat mereka yang membawamu kepada cinta Ilahi.
Kerana itu lah cinta yang hakiki.
dan..
kerana tangan mereka lah
Yang mampu memimpinmu ke syurga firdausi..

Tulus dari hati.
Azizah
15Ramadhan1438

note: dalam diam rindu nk berkongsi kisah sahabat2 Rasulullah dgn Sarah, kakAima, Sarina , Nabilah & lain2..

Tuesday 30 May 2017

PUASA

Tadi tengah duk termenung sorang2 lepas berbuka suddenly I got a WhatsApp from my lil bro..actually menyakitkan & menyedihkan tau berbuka sorang2 ni. Yang cekal hati & mental kuat je mampu lalui semua ni. cheeeeeewah. tp aku x rasa pun mental aku ni kuat. Walaupun aku type "hahahahaha" tp hakikat sebenarnya aku tgh menangis..

adik: Nor. Ok ke tu berbuka sorang2?

Aku: OK je. Tp huhuhuhuhu la jugok!

Adik: Aku pun huhuhuhuhu jugok! 2 hari dh berbuka dlm kreta!! hmm
Xpe. Hujung minggu ni kita buka puasa sama2.

Hmm =.=

note: sometimes kau x perlu pun sentiasa bersama2 dgn org2 yg kau sayang! Cukupla kau tau yg diorang concern pasal kau.