Thursday 10 January 2013

Sem 4


Malam yang agak suram..
Termenung sorang2 kat bilik hostel..
Pandang langit...tiada bintang..
Bercakap dengan diri sendiri
"Teruskan Perjalanan"
Ya Allah..
Kakiku terasa ringan untuk mulakan perjalanan..
Berikanlah aku kekuatan..

Alhamdulillah..
Walaupun peningkatan sem lepas tak mencapai target...
Tapi penat lelahku menunjukkan hasil..
Terima kasih Allah atas kasih sayang-Mu yg tak pernah berkurang..
Terima kasih ibuku atas doa yang tak pernah putus.. 



-Bismillahirahmanirrahim..Semoga sem ni lebih baik-

Zaman Yang Tak Mungkin Berulang


Bismillah...
Dari S.M.K Bukit Guntong sehingga ke S.M.K Ibrahim Fikri..
Tempat aku belajar,.. diajar,.. mengajar,.. bergaduh,.. dan mengenali apa itu erkk kapel..
Tempat aku pernah berkongsi meja, berkongsi makanan dan berkongsi minuman dengan kawan2..

Setiap pagi ikut mood..Kalau OK pakai baju purple..
yelah..gua an pembimbing rakan sebaya..yang cukup pandai membimbing.. =3
Kalau mood biasa2 jer berbaju putih berkain biru..
Then start scuter kesayanganku yang comel, salam tangan ma cium pipi kanan cium pipi kiri terus pi sekolah..

Suasana pagi yang sibuk dengan macam-macam jenis kenderaan...
Ada yang mak ayah hantarkan..
Ada yang jalan kaki berkumpulan...
Dalam bas sekolah kaler oren ada pelajar yang tersepit sampai berkedut baju yang mak gosokkan...
Itulah pengorbanan...

Letak motor, terus ke tapak perhimpunan..
Semua orang tengah berbaris..aku jer yang selalu lambat..
Cikgu Zawawi turunkan kaca mata memberikan pandangan amaran..
Aku pula akan tersengih cam kerang busuk tergedik2 pi berbaris kat barisan belakang..
Doa harian dibaca..Zikir taubat dialunkan..
Cikgu bagi ucapan..Masalah disiplin adalah perkara sama yang akan dibangkitkan sampai bosan...
Dan aku di belakang bertepuk tampar bersembang lebat dengan kawan-kawan...
Apa yang cikgu cakapkan cuma masuk telinga kiri keluar telinga kanan...

Masuk kelas dan belajar..Cikgu suruh kita jawab soalan sebab nak kita jadi budak pandai..
Cikgu suruh hafal sebab nak suruh kita alert..
Cikgu suruh kita kira sebab nak suruh kita selesaikan masalah..
Pendek kata apa yang cikgu suruh semua nak suruh kita belajar..
Kita pulak, mulut lagi laju daripada otak dan tangan..sembang lagi best..

Waktu rehat tiba...Ada yang ke kantin..ada yang makan bekal yang dibawa...
Aku suka makanan kantin tapi tak suka beratur berasak lama2...
Aku rela pergi Koperasi beli roti dengan air kotak yang macam-macam perasa...
Koperasi itu macam kedai runcit yang jual makanan ringan jer...
Beli makanan kemudian makan kat dalam kelas dengan kawan2 sambil bersembang tentang semua benda... Tiga puluh minit rehat dengan kawan2 umpama tiga puluh minit dalam syurga sementara...

Loceng balik berbunyi. Buku yang ada kerja rumah dimasukkan dalam beg atas kerusi...
Buku yang tak ada kerja rumah dimasukkan dalam laci...
Galas beg sendiri, berdiri dan langkahkan kaki...
Jadual nak buat kerja rumah apa sudah tersusun rapi...
Mula-mula buat AddMath pastuh Biologi...
Sayangnya perenggan ini menceritakan tentang pemikiran kawan2 yang pandai cam si Zatul,Sabariah, Syahir, Muiz, Sapik dan Nizam..
Pemikiran aku? tengah fikir tgh hari ni ma masak apa..


 
kalau dah nakal tu nakal lah jugak..





~Tak siapa boleh duga apa yg akan berlaku pada masa akan datang..kerana semua sudah DIA susun dengan begitu cantik~