Friday 9 June 2017

Catatan 15 Ramadhan

Buat jiwa yang sedang lesu,

Teruskan perjalananmu,
Dapatkan apa yang kau ingin capai,
Usah berpaling ke belakang lagi..
Andai ada yang mencintaimu seikhlasnya,
Pergilah,
Raikan keikhlasannya..
Andai ada yang memilikimu tetapi tak menghargai,
Pergilah darinya
Jauhi dia,
Kerana kesetiaanmu tak selayaknya dibalas sebegitu,
Dan kerana yang namanya peluang itu takkan ada yang ketiga atau keempat.
Mungkin kau dilihat polos,
Tapi kau bukanlah bodoh..

Murahkan hatimu
Tapi bukan untuk cinta manusia semata,
Kerana yang dinamakan cinta itu lebih banyak yang menipu..
Usah kau perlekehkan cinta dalam persahabatan,
Kerana atas dasar cinta seorang sahabat,
Seorang Saidina Abu Bakar merelakan dirinya menahan patukan ular dari terkena baginda Rasulullah SAW.
dan kerana kuatnya cinta seorang sahabat,
Seorang Salman al-Farisi merelakan dengan ikhlas bila gadis yang ingin dipinangnya lebih memilih sahabatnya Abu Darda sebagai suami..
Dari itu.,
Bukakan hatimu
Buat mereka yang membawamu kepada cinta Ilahi.
Kerana itu lah cinta yang hakiki.
dan..
kerana tangan mereka lah
Yang mampu memimpinmu ke syurga firdausi..

Tulus dari hati.
Azizah
15Ramadhan1438

note: dalam diam rindu nk berkongsi kisah sahabat2 Rasulullah dgn Sarah, kakAima, Sarina , Nabilah & lain2..