Tuesday 31 December 2013

2014




Semalam

Kutinggalkan ranjau - ranjau 2013 yang penuh dengan kejutan..
lalu 2014..
Berikan aku ruang untuk menjadi orang baru..
Untuk kukutip memory2 indah..
Walau mustahil tiada ujian yang menanti..

selagi punya waktu..
Ajari aku untuk menjadi manusia yang lebih baik..


Nukilan si Penakut


Hidup ni ada kalanya susah untukk memujuk hati...
Bukan memujuk hati orang tetapi hati sendiri..
Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelut...
Tak cukup dengan itu,
antara kehendak hati dan takdir Allah yang cukup baik tu juga hebat bersaing..
Dan akhirnya,
yang menang adalah ketetapan takdir Allah yang sudah tertulis di sana.
Di Luh Mahfudz.

Allah...
Entah kenapa hati ni tetiba sakit..
Rasa perlu dirawat berulang kali tanpa henti..
Aku takut untuk gagal...
Aku gusar untuk melangkah...
Takut langkahku mati.,.

Kenapa??
Kenapa rasa tu hadir dalam diri?
Kenapa aku rasa makin menjauh dari-Mu? :(
Kuatkan aku ya Rabbi..
Jangan Kau biar aku kelam..
Dengan rahmat-Mu Ilahi tautkanlah hati ini di jalan yang telah Kau tetapkan.
Izinkan aku mendekati takdir dengan hati yang redha...
Kerana aku pun tak ingin selamanya roh ini tersesat...

Tuhan Yang Maha Mendengar...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Tegarkan jiwa ini...
Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan...
Menjauh dari-Mu,
meminggir dari-Mu...
Kuatkan hati ini wahai Tuhan....
Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya
melainkan hanya Engkau.
Hanya Engkau...

Wednesday 11 December 2013

Rasa


Cukuplah aku mencintaimu sehujung kuku..
Walau selalu dipotong Akan selalu tumbuh