Tuesday 25 December 2012

New Chapter




Selamat tinggal suka duka 2012
Ya Allah.. Semoga ketenangan ni berterus-terusan untuk menempuhi hari2 yang mendatang..


Iyyaa-kana'budu wa Iyya kanas ta'in..
"You alone we worship and You alone we ask for help"
                                    ~ Al Fatihah" the opening chapter~

Tuesday 18 December 2012

Adakah Kita Ini Kita



Setiap manusia ada ceritanya...
Kehidupan adalah guru yang paling berjasa dalam hidup ni. .
Hari berganti hari mengajar kita untuk percaya setiap yang berlaku ada sebab yang tersendiri...
Bila perkara yang tak sepatutnya terjadi, terjadi..
Tu untuk mengajar kita untuk lebih menghargai bila semuanya kembali normal..
Am I rite???

Berdiri depan cermin dan lihat diri sendiri...
Jangan lihat dari kepala sampai kaki tapi lihat sekali jiwa dan hati..
Lihat siapa yang sedang berdiri...
Adakah itu diri kita sendiri,
atau diri kita yang orang mahu kita jadi..

Hmmmm
Serabut ah!

Saturday 15 December 2012

Holiday Is..




Semester break for me is...



Do what You wanna do that You can't do during study..



 So, this is it..





Design and made by yourself..






Trust me..It's cool (^_~)

The Way II



Kadang..
Tak pernah dijemput..
Rindu tu datang ketuk-ketuk kotak hati..
Kadang..
Tergelak tapi menangis..
Rasa nak larikan diri jauh-jauh..

Thursday 13 December 2012

Dunia Aku



Assalamualaikum..

Dah sminggu start cuti kat rumah..
Bila dah mula biasa berjauhan dgn family ni mesti korang faham kan
betapa heavennya berbekalkan kentang goreng satu pinggan gedabak,
then duduk bersila kat depan tv layan bola ngan family..

Ayoh tengok bola dgn penuh emosional sambil hentak2 kerusi..
Adik seperti tanpa emosi kunyah fries tanpa henti,
Ma seperti biasa dengn komen2 tak berapa membina bila tengk pemain dapat kad kuning..
Aku pulak si tenang yang cool layan permainan dgn penuh khusuk dan tawaddukk..sila percaya..
kalau adik aku baca stakment ni konfim beliau tarik2 rambut aku..ghahaha =__="

Siyusly cuti sem kali ni aku malas nak kuar rumah..
Malas nak jalan2 and malas nak bergaul..
Terutama bila jiran aku datang rumah..

jiran: Mu kan paling dok minat math..camne mu blajo engineering eh.
aku: Gitu je lah.
jiran: dok tension ke blajo mende hok kite dok minat?
aku: kena la blajo minat.
jiran: haha..buleh ke blajo elektrik lagi pastu campur pulok ngan anatomi.
aku:  Ok jer..blajo je lah.
jiran: mu niiii..Boring ar cakap nge mu.
aku : K (-..-)" 

Siyusly again..kesian jiran aku tu..
Biasa kalau kitorang jumpa memang riuh la kat rumah aku dengar suara dia.
atoiii berat nanang sungguh budak ni..
Takpe2..take time..masih lagi dalam mood rehat kot..hehe
Tunggu dan lihat hari2 seterusnya..jeng3 :-D

 
Ahah!!! inprocessing menghabiskan buku ni..
Kagum dengn perjalanan hidup beliau..Berdakwah bukan kat calang2 tempat..
Tapi di BAR..Boleh korang bayangkan acano nak sampaikan dakwah dekat bar a.k.a disco..
Tempat manusia2 jahil..Tapi tak mustahil..
Teringat kata2 kenalan baruku time join kem mggu lepas..
"Kadang2 orang yg jahil lagi mudah nak dapat hidayah berbanding orang yg ada basic agama"

hmmm..ntahlahh ')

Tuesday 11 December 2012

Catatan Ta'aruf :Tatkala Memburu Mardhatillah


Suasana di Puncak Lui tenang jer pagi tu..
Jari telunjukku menuding ke arah lalang yang meninggi..

"Kenapa dengan lalang tu??"
"Apa kaitan lalang tu dgn diri kau?"
"Aku rasa aku ni macam lalang tu"
"Walaupun ditiup angin kiri ke kanan,
"Walaupun dah tahu diri tu keding,
"Walaupun tahu diri tu berakar tunjang, skali tarik terus tumbang,
"Tapi tetap nak berdiri lebih tinggi dari rumput yang lain"
"Kerana apa?"
"Kerana aku EGO!!!"
"EGO yg buatkan aku susah nak mengakui kelemahan diri"

"Jadi apa yg kau rasa?"
"Sifat ego kau tu menguntungkan atau merugikan diri?"

Aku tunduk..
Semestinya EGO tu bakal memusnah..

"Itu kelemahan"
"kau rasa apa kelebihan kau?"

Aku diam sejenak..Berfikir lagi..
Dan tersenyum sinis, rasa nak gelakkan diri sendiri..
Aku ni ada kelebihan ke?
"Kalau nak nak mengaku baik tu macam masuk bakul angkat sendiri lah"
laju jer ayat tu keluar dari mulutku..

Dia ketawa memandangku..kemudian diam menyusun ayat..

"Azizah"
"Ego tu kadang2 perlu..
"Sebab kadang2 ia boleh menjadi benteng kpd runtuhnya aqidah..
"Tapi ego tu mesti bertempat"
"Jika terkurang akan dipijak, jika terlebih akan memijak diri sendiri"


Mengakui kelemahan diri sendiri tak bererti lemah..
Tapi memanusiakan diri sendiri seadanya..
Bila mengakui kelemahan diri, Kita tak perlu mempertahankan image 'manusia sempurna' yang tak pernah melakukan kesalahan...kan?.
Memang.. Bukan senang nak mengakui kelemahan diri..
Ya...Disebabkan ego yang kau ada..
Tapi kalau tak mngakui kelemahan diri, apa kita rasa kita tiada kelemahan?

"kau sedar tak?"
"Mengakui kelemahan diri tu satu kelebihan!!"



Kau si lalang...Yang penuh dengan sifat ego dan bodoh sombong..






p/s: "Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ni?
"Wahai nisaa"
"Aku dh jumpa jawapan yang kita tercari2 selama ni...
Jawapannya Mardhatillah..