Tuesday 11 December 2012

Catatan Ta'aruf :Tatkala Memburu Mardhatillah


Suasana di Puncak Lui tenang jer pagi tu..
Jari telunjukku menuding ke arah lalang yang meninggi..

"Kenapa dengan lalang tu??"
"Apa kaitan lalang tu dgn diri kau?"
"Aku rasa aku ni macam lalang tu"
"Walaupun ditiup angin kiri ke kanan,
"Walaupun dah tahu diri tu keding,
"Walaupun tahu diri tu berakar tunjang, skali tarik terus tumbang,
"Tapi tetap nak berdiri lebih tinggi dari rumput yang lain"
"Kerana apa?"
"Kerana aku EGO!!!"
"EGO yg buatkan aku susah nak mengakui kelemahan diri"

"Jadi apa yg kau rasa?"
"Sifat ego kau tu menguntungkan atau merugikan diri?"

Aku tunduk..
Semestinya EGO tu bakal memusnah..

"Itu kelemahan"
"kau rasa apa kelebihan kau?"

Aku diam sejenak..Berfikir lagi..
Dan tersenyum sinis, rasa nak gelakkan diri sendiri..
Aku ni ada kelebihan ke?
"Kalau nak nak mengaku baik tu macam masuk bakul angkat sendiri lah"
laju jer ayat tu keluar dari mulutku..

Dia ketawa memandangku..kemudian diam menyusun ayat..

"Azizah"
"Ego tu kadang2 perlu..
"Sebab kadang2 ia boleh menjadi benteng kpd runtuhnya aqidah..
"Tapi ego tu mesti bertempat"
"Jika terkurang akan dipijak, jika terlebih akan memijak diri sendiri"


Mengakui kelemahan diri sendiri tak bererti lemah..
Tapi memanusiakan diri sendiri seadanya..
Bila mengakui kelemahan diri, Kita tak perlu mempertahankan image 'manusia sempurna' yang tak pernah melakukan kesalahan...kan?.
Memang.. Bukan senang nak mengakui kelemahan diri..
Ya...Disebabkan ego yang kau ada..
Tapi kalau tak mngakui kelemahan diri, apa kita rasa kita tiada kelemahan?

"kau sedar tak?"
"Mengakui kelemahan diri tu satu kelebihan!!"



Kau si lalang...Yang penuh dengan sifat ego dan bodoh sombong..






p/s: "Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ni?
"Wahai nisaa"
"Aku dh jumpa jawapan yang kita tercari2 selama ni...
Jawapannya Mardhatillah..

No comments:

Post a Comment