Monday 26 November 2018

Croissant & Latte




Tak payah duk lama2. 
4 hari kat Switzerland pun dah cukup buat aku rasa bersyukur dan hilang terus rasa bersalah sebab makan mewah sekali sekala kat Malaysia.

Kat sini RM35 baru dapat sebiji croissant & secawan latte 😌
Matilanak kalau macam ni hari2..so better masak je kat rumah. Sesekali nak merasa tu boleh la, kalau tak rugi datang jauh2 tak makan makanan sini.
Hihi

Note:tak sume kedai boleh bayar pakai kad. Prepare la sikit duit cash kat tangan.

Azizah
20181125
Lauterbrunnen, Switzerland 

Saturday 24 November 2018

Dari Paris ke Interlaken




Hi blog,
Now aku dah berada di Bonigen.
Sepanjang hari duk turun naik train.
Letih gila tapi satu je nak cakap,
Switzerland ni cantik!!!!! Kiri kanan depan belakang cantik!!!! (eh mcm banyak je)

K, mari teruskan postmortem kita.

Paris - Geneva

Sebab perjalanan ni awal pagi so we olls naik uber je dari Gare du Nord ke Gare de Lyon. Pukul 7 a. m dah kena ada kat sini.

Kak Tiara dah book siap2 tiket train TGV Lyria ni kat Malaysia lagi. Untuk tengok harga & beli tiket train ni sila bukak website https://www.sncf.com/fr#menu
Harga tiket ni around RM150. 00




Walaupun belanja kat sini mahal tapi senyuman sangat murah kat sini. Hahaha

Cantik sangat view sepanjang perjalanan sampai nak tido pun rase rugi! 

Dah macam michellin dh berbungkus mcm ni.tapi dia punya sejuk memang takleh bawak bincang 😌


tudiaaaa nampak Mont Blanc. Subhanallah cantik sangat 😍

Zweisimmen station

Darligen. Nampak macam lukisan

So ni la Bonigen Sand.
Kampung kecil yang cantik gila. Aku jumpa rumah Manuela ni kat airbnb. Sekali tengok terus nak book..Harga pun ok. Rm870. 00 untuk 5 hari 4 mlm. Compared dengan tempat lain kat swiss, sini dah dikira murah. 


Sini tempat untuk tunggu bas




Studio yang simple & cozy gila


Why pilih untuk stay di Bonigen Sand ni? 
Sebab lokasi dekat dengan Interlaken OST. 
Interlaken ni kat tengah2, nanti senang nak ke Bern, Lauterbrunnen, Grindelwald and lain2 lagi. 

Ni aku punya Swiss pass.. Sebab duk sini lebih 4 hari so better pakai swisspass untuk pengjimatan berganda. Swisspass ni cover sume transport kat sini. Train, bas & cable car.. Nak naik gunung macam Matterhorn, Jungfrau, Titlis tu sume kena bayar ye. So cari la tempat2 lain yang free pakai swiss pass ni. Banyak je sebenarnya.. Since aku masih lagi dikira youth 🤭🤭hahaha sebab berumur bawah 27(kat sini je dikira youth) so aku punya pass murah sikit compare dgn kak Tiara. Harga swisspass ni around RM871. 00 after discount sebab beli online.
Seyek jugok wehhhhh nak berjalan kat swiss ni 😭😭

Hmmm. Sebenarnya plan asal kitorang nak berjalan kat Geneva sebelum sambung perjalanan hingga ke Interlaken. Bajet nak gi tengok Jet d'Eau, a large fountain in Geneva. Pastu ke Montreux untuk tengok studio & statue Freddie Mercury. Tapi sebab train sampai agak lewat, pastu tak jumpa line bas mana yang bawak ke Jet d'Eau..tengok jadual bas dorang kat tepi stesen tu pun dah celaru tak faham. Tanya orang dekat2 situ pun depa speak german swiss. Mana la mak nak paham!! Dah la masa kat geneva cuma ada 2 jam je so terus batalkan je plan tu. Rase rugi la jgak tapi nak buat camano 🤧 

Dari Geneva kena tukar train. Kali ni tak naik TGV dah. Naik panoramic train untuk tengok view sambil layan perasaan sepanjang perjalanan..ko rase? 
Oh ye! Time ni dah start pakai swisspass yer! 

K. Bye

Note: Paris Gare de Lyon - Geneva - Montreux - Zweisimmen - Interlaken OST - Bonigen Sand(Bus B103) 



Friday 23 November 2018

Bonjour Paris


Hi blog 👉👈
Aku tak tau nak start dari mana.
Sebelum berangkat ke europe aku busy gila. Lepas balik keja tengah2 malam baru aku duk melongo buat research sorang2.
Nasib baik kak Tiara selalu update dengan aku pasal apa2 yang nak kena prepare. So, kak tiara handle untuk setiap ticket train, aku plak cari accommodation & study setiap tempat yang akan kami pergi. Preparation barang2 apa sume cari last minute..

So, yeah
Ni second time aku & kak Tiara sampai Paris. Actually tak sempat nak enjoy pun macam 2 tahun lepas sebab stay 2 hari je.
Nasib baik kitorang book hotel betul2 kat depan stesen Gare du Nord. Senang la nak g mana2.

Sampai je Paris dalam pukul 12 lebih camtu terus cari tiket train ke Gare du Nord.
Aku beli t-ticket 10 keping berharga £10.
Cukup la setakat nak guna 2 hari untuk 2 orang.. Better beli 10 keping terus. Sebab kalau beli satu2 harga ticket ni jatuh £1.49 sekeping.


Kecik je tiket ni.
Lubang hidung ko lagi besar! 

Sampai je hotel, check-in, & rehat jap.
Pukul 4 terus solat, siap2 untuk keluar. First destination off course Trocadero. Dulu kitorang tengok Eiffel Tower dari Champ de Mars, so tahun ni nak tengok view dari Trocadero pulak.

Waktu kitorang keluar ke Gare du Nord tu dalam pukul 4 lebih, cuaca kat luar dah macam nak gelap dah. Sampai di Trocadero Station, kat luar dah gelap macam pukul 9 malam dh 😂😂
Sejuknye ya Allah takyah cakap la. Dah pakai glove pun tangan still rasa kebas..

Paris Red Bus

 Camni je la view dia kalau tengok dari Trocadero ni. Hahaha. Ni sume sebab terpengaruh dengn Mission impossible tu.






I nak panah hati you boleh?? 😂😂

Lupa nak tulis awal2 tadi. 
Hati2 bawak beg kat sini. Waktu dalam train hampir2 nak kena samun dengan pickpocket. Dorang ni pandai, pakai scarf besar2 pastu tangan menjalar dalam beg orang. Nasib baik cepat sedar time tu kalo tak matilanak! Kurang ajar punya perempuan. Muka cantik tapi mencuri. Hmm

Passport, dompet, phone sume aku letak dalam pocket sebelah dalam coat. Lagi selamat. Since aku ni tailor yang creative, sume winter coat aku tambah pocket kat dalam! Hahaha🤭🤭


Panjang lagi perjalanan ni. 
Tu je dulu, 
Chao 👋

Note: Gare du Nord(metro line no-4) - Strasbourg Saint Denis(line M9) - Trocadero



Wednesday 3 January 2018

Blank


I see blank space again here. 
Aku harap life aku tahun ni tak hambar. 
Actually bnyk benda yg berubah dalam hidup aku sejak 3 tahun lepas.. Bermula dari aku cakap nak sambung degree, then tiba2 my mom meninggal..aku lost, aku merajuk dengan ayah(yang sampai sekarang aku meyesal buat perangai mcm tu)...2016 adalah permulaan aku belajar hidup sendiri & berdikari selepas abg ipar aku meninggal dalam kemalangan & kakcik decide nak balik kampung demi future anak2 dia..
Aku takut sebenarnya waktu tu.
Aku still takleh bayang mcm mana nak hidup sorang2 di tempat orang ni.
Abg sul & angah bnyk kali pujuk utk tinggal bersama dorang kat puchong. Tapi aku tolak. Aku taknak dah susahkan dorang. Lagipun masing2 dah ada keluarga sendiri. Dorang datang jenguk aku sesekali kat sini pun dah cukup..
It's ok. Hati aku keras.
Hahahaha 
2 tahun lepas
Aku cakap aku taknak jadi ikan mati.
Aku  nak jadi ikan hidup yang berenang lawan arus.
Tapi hakikatnya aku jadi ikan yang separuh nyawa.
Dah penat nak berenang lawan arus jadinya aku cuma bertahan di kolam yang sama..
Tapi..
Sampai bila nak macam ni?