Saturday 24 November 2018

Dari Paris ke Interlaken




Hi blog,
Now aku dah berada di Bonigen.
Sepanjang hari duk turun naik train.
Letih gila tapi satu je nak cakap,
Switzerland ni cantik!!!!! Kiri kanan depan belakang cantik!!!! (eh mcm banyak je)

K, mari teruskan postmortem kita.

Paris - Geneva

Sebab perjalanan ni awal pagi so we olls naik uber je dari Gare du Nord ke Gare de Lyon. Pukul 7 a. m dah kena ada kat sini.

Kak Tiara dah book siap2 tiket train TGV Lyria ni kat Malaysia lagi. Untuk tengok harga & beli tiket train ni sila bukak website https://www.sncf.com/fr#menu
Harga tiket ni around RM150. 00




Walaupun belanja kat sini mahal tapi senyuman sangat murah kat sini. Hahaha

Cantik sangat view sepanjang perjalanan sampai nak tido pun rase rugi! 

Dah macam michellin dh berbungkus mcm ni.tapi dia punya sejuk memang takleh bawak bincang 😌


tudiaaaa nampak Mont Blanc. Subhanallah cantik sangat 😍

Zweisimmen station

Darligen. Nampak macam lukisan

So ni la Bonigen Sand.
Kampung kecil yang cantik gila. Aku jumpa rumah Manuela ni kat airbnb. Sekali tengok terus nak book..Harga pun ok. Rm870. 00 untuk 5 hari 4 mlm. Compared dengan tempat lain kat swiss, sini dah dikira murah. 


Sini tempat untuk tunggu bas




Studio yang simple & cozy gila


Why pilih untuk stay di Bonigen Sand ni? 
Sebab lokasi dekat dengan Interlaken OST. 
Interlaken ni kat tengah2, nanti senang nak ke Bern, Lauterbrunnen, Grindelwald and lain2 lagi. 

Ni aku punya Swiss pass.. Sebab duk sini lebih 4 hari so better pakai swisspass untuk pengjimatan berganda. Swisspass ni cover sume transport kat sini. Train, bas & cable car.. Nak naik gunung macam Matterhorn, Jungfrau, Titlis tu sume kena bayar ye. So cari la tempat2 lain yang free pakai swiss pass ni. Banyak je sebenarnya.. Since aku masih lagi dikira youth 🤭🤭hahaha sebab berumur bawah 27(kat sini je dikira youth) so aku punya pass murah sikit compare dgn kak Tiara. Harga swisspass ni around RM871. 00 after discount sebab beli online.
Seyek jugok wehhhhh nak berjalan kat swiss ni 😭😭

Hmmm. Sebenarnya plan asal kitorang nak berjalan kat Geneva sebelum sambung perjalanan hingga ke Interlaken. Bajet nak gi tengok Jet d'Eau, a large fountain in Geneva. Pastu ke Montreux untuk tengok studio & statue Freddie Mercury. Tapi sebab train sampai agak lewat, pastu tak jumpa line bas mana yang bawak ke Jet d'Eau..tengok jadual bas dorang kat tepi stesen tu pun dah celaru tak faham. Tanya orang dekat2 situ pun depa speak german swiss. Mana la mak nak paham!! Dah la masa kat geneva cuma ada 2 jam je so terus batalkan je plan tu. Rase rugi la jgak tapi nak buat camano 🤧 

Dari Geneva kena tukar train. Kali ni tak naik TGV dah. Naik panoramic train untuk tengok view sambil layan perasaan sepanjang perjalanan..ko rase? 
Oh ye! Time ni dah start pakai swisspass yer! 

K. Bye

Note: Paris Gare de Lyon - Geneva - Montreux - Zweisimmen - Interlaken OST - Bonigen Sand(Bus B103) 



No comments:

Post a Comment