Tuesday 25 December 2012

New Chapter




Selamat tinggal suka duka 2012
Ya Allah.. Semoga ketenangan ni berterus-terusan untuk menempuhi hari2 yang mendatang..


Iyyaa-kana'budu wa Iyya kanas ta'in..
"You alone we worship and You alone we ask for help"
                                    ~ Al Fatihah" the opening chapter~

Tuesday 18 December 2012

Adakah Kita Ini Kita



Setiap manusia ada ceritanya...
Kehidupan adalah guru yang paling berjasa dalam hidup ni. .
Hari berganti hari mengajar kita untuk percaya setiap yang berlaku ada sebab yang tersendiri...
Bila perkara yang tak sepatutnya terjadi, terjadi..
Tu untuk mengajar kita untuk lebih menghargai bila semuanya kembali normal..
Am I rite???

Berdiri depan cermin dan lihat diri sendiri...
Jangan lihat dari kepala sampai kaki tapi lihat sekali jiwa dan hati..
Lihat siapa yang sedang berdiri...
Adakah itu diri kita sendiri,
atau diri kita yang orang mahu kita jadi..

Hmmmm
Serabut ah!

Saturday 15 December 2012

Holiday Is..




Semester break for me is...



Do what You wanna do that You can't do during study..



 So, this is it..





Design and made by yourself..






Trust me..It's cool (^_~)

The Way II



Kadang..
Tak pernah dijemput..
Rindu tu datang ketuk-ketuk kotak hati..
Kadang..
Tergelak tapi menangis..
Rasa nak larikan diri jauh-jauh..

Thursday 13 December 2012

Dunia Aku



Assalamualaikum..

Dah sminggu start cuti kat rumah..
Bila dah mula biasa berjauhan dgn family ni mesti korang faham kan
betapa heavennya berbekalkan kentang goreng satu pinggan gedabak,
then duduk bersila kat depan tv layan bola ngan family..

Ayoh tengok bola dgn penuh emosional sambil hentak2 kerusi..
Adik seperti tanpa emosi kunyah fries tanpa henti,
Ma seperti biasa dengn komen2 tak berapa membina bila tengk pemain dapat kad kuning..
Aku pulak si tenang yang cool layan permainan dgn penuh khusuk dan tawaddukk..sila percaya..
kalau adik aku baca stakment ni konfim beliau tarik2 rambut aku..ghahaha =__="

Siyusly cuti sem kali ni aku malas nak kuar rumah..
Malas nak jalan2 and malas nak bergaul..
Terutama bila jiran aku datang rumah..

jiran: Mu kan paling dok minat math..camne mu blajo engineering eh.
aku: Gitu je lah.
jiran: dok tension ke blajo mende hok kite dok minat?
aku: kena la blajo minat.
jiran: haha..buleh ke blajo elektrik lagi pastu campur pulok ngan anatomi.
aku:  Ok jer..blajo je lah.
jiran: mu niiii..Boring ar cakap nge mu.
aku : K (-..-)" 

Siyusly again..kesian jiran aku tu..
Biasa kalau kitorang jumpa memang riuh la kat rumah aku dengar suara dia.
atoiii berat nanang sungguh budak ni..
Takpe2..take time..masih lagi dalam mood rehat kot..hehe
Tunggu dan lihat hari2 seterusnya..jeng3 :-D

 
Ahah!!! inprocessing menghabiskan buku ni..
Kagum dengn perjalanan hidup beliau..Berdakwah bukan kat calang2 tempat..
Tapi di BAR..Boleh korang bayangkan acano nak sampaikan dakwah dekat bar a.k.a disco..
Tempat manusia2 jahil..Tapi tak mustahil..
Teringat kata2 kenalan baruku time join kem mggu lepas..
"Kadang2 orang yg jahil lagi mudah nak dapat hidayah berbanding orang yg ada basic agama"

hmmm..ntahlahh ')

Tuesday 11 December 2012

Catatan Ta'aruf :Tatkala Memburu Mardhatillah


Suasana di Puncak Lui tenang jer pagi tu..
Jari telunjukku menuding ke arah lalang yang meninggi..

"Kenapa dengan lalang tu??"
"Apa kaitan lalang tu dgn diri kau?"
"Aku rasa aku ni macam lalang tu"
"Walaupun ditiup angin kiri ke kanan,
"Walaupun dah tahu diri tu keding,
"Walaupun tahu diri tu berakar tunjang, skali tarik terus tumbang,
"Tapi tetap nak berdiri lebih tinggi dari rumput yang lain"
"Kerana apa?"
"Kerana aku EGO!!!"
"EGO yg buatkan aku susah nak mengakui kelemahan diri"

"Jadi apa yg kau rasa?"
"Sifat ego kau tu menguntungkan atau merugikan diri?"

Aku tunduk..
Semestinya EGO tu bakal memusnah..

"Itu kelemahan"
"kau rasa apa kelebihan kau?"

Aku diam sejenak..Berfikir lagi..
Dan tersenyum sinis, rasa nak gelakkan diri sendiri..
Aku ni ada kelebihan ke?
"Kalau nak nak mengaku baik tu macam masuk bakul angkat sendiri lah"
laju jer ayat tu keluar dari mulutku..

Dia ketawa memandangku..kemudian diam menyusun ayat..

"Azizah"
"Ego tu kadang2 perlu..
"Sebab kadang2 ia boleh menjadi benteng kpd runtuhnya aqidah..
"Tapi ego tu mesti bertempat"
"Jika terkurang akan dipijak, jika terlebih akan memijak diri sendiri"


Mengakui kelemahan diri sendiri tak bererti lemah..
Tapi memanusiakan diri sendiri seadanya..
Bila mengakui kelemahan diri, Kita tak perlu mempertahankan image 'manusia sempurna' yang tak pernah melakukan kesalahan...kan?.
Memang.. Bukan senang nak mengakui kelemahan diri..
Ya...Disebabkan ego yang kau ada..
Tapi kalau tak mngakui kelemahan diri, apa kita rasa kita tiada kelemahan?

"kau sedar tak?"
"Mengakui kelemahan diri tu satu kelebihan!!"



Kau si lalang...Yang penuh dengan sifat ego dan bodoh sombong..






p/s: "Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ni?
"Wahai nisaa"
"Aku dh jumpa jawapan yang kita tercari2 selama ni...
Jawapannya Mardhatillah..

Thursday 29 November 2012

Amanah

Tanggungjawab itu seperti amanah..
Belajar itu amanah..
May Allah bless me to through the last paper tomorrow..
Last paper..


 




p/s: sedang cungkil kisah hidup As-Syahid Imam Hassan al-Banna..sooO amazing person :-)

Monday 26 November 2012

Monolog Diri


Sedih..
Dari tdi call ma, ma x jawb..
Before gi exam pun ma x angkt call..
Please la mom!!..T__T

Mata ni pandang ke luar tingkap..
Pandang air hujan yg turun laju2 dri awan..
Terbayang paper Human & Control Physiology for Engineer tgh hari td..
Penuh dengn lukisan dari question 1 smpai habis..
Ntah apa yg aku duk merepek kt krtas tu (=..=)"

Tetibe teringat waktu form 5 dlu..
"Azizah..Azizah.."
Cikgu Yusri pandang aku punya buku math smbil geleng2 kepala
"Ni pompuan ni pkai suar tak ni?"
Jarinya tunjuk kat gmbr lukisan sorg budk pmpuan tgh brsandar kat pokok smbil bca buku..
Ak trsengih2 smbil pandang cikgu..
"Pakai la cikgu..Ni kotak2 ni"..(Suar kotak) "
haihhh..awak ni"
Cikgu dah tak tau nk ckap apa dh..
Buku math aku pnuh dengn lukisan..

Esoknya trserempak ngan cikgu waktu tengah siapkan mural kat kantin sorang diri..
"Akhirnya"
"Ada jugak tempat awk nak luahkan bakat terendam awk eh"
"Ni tak..Buku math jugak yg jdi mangsa"
"Tu knapa pisang tu nmpak gedik smacam jer?"
"Cikgu..x habis2 nk kondem lukisan sy"(=_=)"

Tapi Cikgu tak prnah marah..
Kadang2 dia nasihat supaya aku fokus dlm kelas..
That's what make I'm really respect to him..
Finally trsenyum jgak bila math dpat A SPM..

Ahh..Tu sume kenangan zaman skolah dulu..
Mostly jiwa raga kita duk menjerit mengatakan yang zaman sekolah tu lebih indah
dan best drpd dunia sebagai mahasiswa sperti skarang nih..
Walaupun secara ‘klise’nya,benda tu mesti brulang bila kita dh kerja nanti kan,
bila kita dh kahwin dan bila kita dah tua nanti,
Memang semua zaman sebelum itu akan terasa manisnya
Walaupun sewaktu melaluinya terasa payau teramat sangt..
Dh memang lumrah manusia,..
Tak pernah puas dgn apa yg ada.
Hidup semakin hari semakin mencabar,..
Semakin tua.,semakin kita mendekati mati..
Eh dah kenapa plak aku bcakap macam orang tua (-..-)"..


Back to topic..
X puas hati jawb exam tdi..
Tu jer..K bye..




 
Trsenyum bila tengok lukisan ni still ada kat dinding kantin skolah..
Btol kata Cikgu..Pisang tu memang nmpak gedik..hemmm..memang gedik

Wednesday 10 October 2012

Special

Assalamualaikum..


Sbenarnya tgh duk siapkn lab ni..
Tp nak refresh otak jap..
Nak mnulis jgak..x kire x kireeeeeeee.. =D
Takda apa pun sangt nak share..
Just nk citer 3 mggu lpas ikut roomate aku yg tercinta( cewahhhh..ayat bodek)
si Mira balik rumah mak angkat dy yg kitorang pggil Mak Mi kat sri Gombak..
Lepas kitorang pegi melawat Mak Mi dlm 3 bulan lpas ni la second time ak ikut dy balik..
Siyes aku memg suka ikut dy balik sana sebab dpat jumpa si Alya dan Aisar yg comel2 tuh..
Nampak budk 2 org tu rse nk penyet2 je sbab comel sangt..

Hari 2 Mak Mi buat makan2 sikit utk kawan2 dy..
U know?, semua kawan2 dy trmasuk Mak Mi is a blind people..
And aku suka sangt tengok cara diorang go through life even mereka x nampak..
Cara mereka berbual, brgurau,gelak ketawa sama macam manusia normal yg lain but they look so happy..And yup!!!Mereka buta di Mata but Celik di Hati(insyaAllah).

Seronok tengok anak menantu Mak Mi,si Kak Sha n Abg Eddi yg kecoh2 kat dapur..
Kak Sha dgn Speghetti carbonara dy, Abg Eddi plak dgn kek puding roti dy..
Muka macho eh!! x sangka bila kat dapur mengalahkan org pompuan...kui3.








Yupss!they blind..
but they open my eyes to look soooo far about life..and how to appreciate our life to be more better..

 
  ni adalah antara sbab aku datng sini..sampai jer terus peluk budak ni..Si Aisar ni alahai comel sangat2..


 yg second comel Ni pulak Alya..
Speaking manjang budak ni..tercabor den..
kejap2 masuk dapur tanya mama dy
"is my pasta carbonara finish?"
"I want eat my pasta now"
Suka sangt time teman dy main kat luar..
Dh la banyak cakap..pot pet pot pet tp dlm english..
"I think I remember U and this kakak"smbil jari telunjuknya ke arah Mira..
"but u're not my TokMak friends..because all of them is old"
Alahai Alya u_____u"

And sperti yg aku selalu tulis tentang judge other people..
It is true.
Waktu tu aku tgh pimpin pakcik2 and makcik utk tggu teksi kat tepi jalan.
Then tiba2 je sorang bro ni stop kat dpan kitorang..
Dgn muka bkn main ganas dy tanya
"Ni nak pergi mana ni?"
Tengok muka dy pun ak dh telan air liur..Teragak2 je aku jawb..
"erkkk tggu teksi"
Pastu dy keluarkan purse dri poket suar dy, then kuarkan 2 keping RM50 bagi kat pakcik2 tu..
"Nah ambik ni..Jalan elok2 ya :-)..
MasyaAllah..
Baiknya dy..
Itulah..muka ganas tak semestinya hati keras..
Moga2 Allah merahmati dy dan murahkan rezeki dy ..ameeen. :-)

Hemm..sbnarnya..sbnarnya aku nk ckap kat Mira aku kagummmmmmm sangt dgn dy..
Kagum dgn ketabahan dy..dgn keikhlasan hati dy jalani kehidupan..
Walaupun kedua2 parents dy blind, tp hbungan dy dgn mama n abah dy sangt2 rapat..
Aku sndiri tak dpat bayangkan if I'm in her shoes..
Mesti aku banyak mnyusahkn ma n ayoh..
Kalo dorang X nmpak camnelah agaknya dorang nk layan karenah aku yg kadang2 menyampah ni??
And that's why we must always appreciate walau siapa pun ibubapa kita..
Sayangilah mereka seadanya..Hargailah sementara mereka masih ada..
Walau banyak kekurangan or seburuk mana pun mereka, mereka tetap ibubapa kita..
Yang lahirkan kita ke dunia ni..yang mendidik kita n banyak bersabar dgn macam2 karenah kita..
Dan ingatlah bila kembalinya Ibu kita kpd-Allah maka ada sesuatu yg sangt brharga akan kita kehilangan..
Iaitu DOA seorg Ibu..


Ma...Ayoh..
Te quiero mucho... <3 <3



Tuesday 18 September 2012

Love Story

Alhamdulillah..

16 september 2012 at 11 something a.m..
My friend, Kak Bihah already MARRIED!!!!!
Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma YA Ukhti :-D
wuuhuhhh cam tak caya je Kak Bihah dh jadi isteri org..
well Now no more Miss Nabihah..Mrs Nabihah OK =P


 beberapa minit terakhir sbelum bergelar isteri ;-)


 
  Cincin tunang disarungkan before akad nikah



this is the dup dap dup dap part ;-D


and dgn sekali Lafaz....


Praise be to Allah



 
Never couple..
No dating or what so on..
Never had love story before married..
They believe in Love after marriage that not everyone can get it..
And the day, They became a husband and wife with a joy and blissful..
May Allah bless them and together till Jannah...amin :-)


 


 

 p/s: if you love someone, protect the 'love' . Protect the sweetness and save your love story.
Choose someone to marry, not someone for you to only walk around and be happy...right?  :-)

Wednesday 29 August 2012

Kosong


Assalamualaikum...
Now it's 12.23 a.m..Late night, I know.. 
Mood study pun dh hilang..Tapi mata ni susah nak lelap.. 
I don't know why knapa tiba2 trasa kosong..kosong..kosong yg teramat sangat.. 
Ya Allah..rasa nak menangis.. Dada ni tiba2 terasa sempit..sebak tiba2..X tahu kenapa. What I've done???T__T
Please2 tears..Not now!!!!!

OK..tarik nafas dalam2..
I should be fine soon..(smiling)u_______u



p/s:
Tadi Sarah say something to me..and it make me realize that i must be change.. actually speechless..All that she says is true..Thanks Sarah for the remainders.You're true friends..Actually rasa nak nangis but I'm trying to be cool becoz before tu Sarah ckap muka kiter Macho!! OK I memang macho..hemmm..gud night(early morning actually)-..-

Sunday 19 August 2012

Malam Terakhir Itu

Malam terakhir itu..
Hati rasa sunyi..
Jiwa rasa kosong..
Kenapa masa berlalu begitu cepat?

Allahu Rabbi,..
layakkah diri aku ini bersuka Ria menyambut kedatangan Syawal-mu?
Sedangakan Aidilfitri itu wujud untuk meraikan :

# graduan-graduan Ramadhan yang berjaya kembali kepada fitrah.
# mereka yang bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk kembali kepada fitrah ini.
# mereka yang menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh tapi layakkah aku? :'(

wAllahualam.. Taqabbalallahu minna wa minkum

Wednesday 15 August 2012

25 Ramadhan

Assalamualaikum...

uhuk uhuk (batuk kejap yer)....hehe..semoga hari ni baik2 je :-)

Semalam balik je dari kelas terus mggulingkan diri atas katil bmi yg trcinta tu..
tireddddd K.
Pastuh dgn tak ketuk pintu n salam pun x bagi tetiba muncul muka Sarah kat muka pintu..

"baby" jom kuar" (OK kwn2 yg terdkat je pggil aku dgn nama geli2 tu OK..
selain dri dorang adalh HARAM).. :-P
"Pi mana?"
"Bukak puasa kt klcc" buffet free tau tau!!!!KakNur yg ajak"

aku loading jap..malas la plak nk kuar
"arrr Malas ar"
"jom laaa"
" malas..malm ni dh la ad kls mndarin"
"alaaa jom laaa...Sarah pun ponteng" ehhh..kantoi dh yg Sarah ponteng kelas mandarin..haha :-P
"Malas r nk kuar Sarah.Sorry"(sorok muka bawh bantal)
siyesly aku rase mls giler nk kuar..dah la ngntuk sangat..
last2 Sarah give up then kuar dari bilik..hehe..

Pastu bila pikir2 balik, Mira pulak duk push suruh pi rase gak nak pi..
terus tukar fkiran n call Sarah ckap nk ikut..terjerit2 minah 2 kat fon..huihhhh..
Cepat2 aku siap then kitorang kuar tapi singgah Carefour dlu jap sbab Kaknur nak bli barang..
Tergelak2 dorang citer aku tertidur dalam teksi lena giler sampai ternganga mulut. -..-..
(I'm really penat OK)
Dah la msuk carefour lepas 2 X jumpa jalan kuar..Sampai bbrapa kali duk pusing...

Pastu bru gerak pi klcc..
Sampai jer kt ballroom tu heaven giler tengok makanan..maklumlah Lapar!! :-D



 
KakNur tersangatlah comel sbb bawk kitorang makan..kui3 :-)

 







 Ni namanya rezeki di bulan puasa


 
  Krisis makan tanpa henti


     
Dan makan lagiii



Haaaa..ni makan diaaaaa



 Aduhaiiii..ni sume nafsu semata-mata



 Meja ke-100 yg memang strategik...hehe


 
erkkkk..OK sangt kenyang -..-  



  konfius dah..ni muka letih ke muka kenyang..haha


Yeahh that's it...
Thank you so much Kak Nur sbab bawk adik2mu ini makan sedap2...
WE LOVE KakNur :-D

Hemm..Tinggal bbrapa hari je lagi Ramadhan nak pergi..
Masa2 yg dah berlalu tu memg x terasa pun kan..

ok.. last but not least,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Mintak maaf to kawan2 kalau ada salah silap ^__^


Sunday 5 August 2012

Catatan 16 Ramadhan

Dah 16 Ramadhan....


Sedar tak sedar pejam celik pejam celik dah sampai pertengahan Ramadhan..
Rasa macam baru semalam aku bangun sahur untuk first day puasa..
Ni dah fasa kedua puasa..Kata cikgu sekolah aku dulu fasa kedua ni fasa pengampunan..
Time2 ni Allah turun ke dunia pada 2/3 malam agak2 time sahur la tu.. Time ni jgak doa-doa akan dimakbulkan dan dosa-dosa akan diampunkan bagi yang memohon dengan seikhlas hati..

Hemm..Ramdhan dah nak pergi..
Agak2 tahun depan umur kita panjang tak untuk jumpa dengan Ramadhan yang seterusnya??
Semalam kuar pi buka puasa kat Masjid Asy-Syakirin dgn Sarah..


rezeki..Alhamdulillah


 
 Jom ngaji sikit :-)

Aku suka tengok parents yang bawak anak2 dorang buka puasa kat masjid..Walaupun family tu macam org berada tpi selamber jer dorang buka puasa kat masjid bersama dgn orang2 biasa macam kita ni..
Makan hidangn nasi bungkus ngn kurma jer..Tpi muka dorang bukan main bahagia lagi :-) (It's called Zuhud)
Maybe cara tu dorang nak ajar anak2 dorang supaya bersederhana dan menghargai rezeki yang Allah bagi sama ada banyak atau sikit..

Teringat pulak kata2 Kak Bihah 2 hari lepas
 "Jangan biarkan nasi tu X terusik..Kesian dy.Nanti dy nangis2 sbab kita x hargai dy. Kalau dy merajok ngn kita camne?? Makan sampai habis K!!"

 
First time kuar jalan pakai jubah =P
Slowly OK Nor Azizah!!!! I know U can do it. Kah3

Friday 3 August 2012

Sweetnya Rasulullah :-)




Suatu hari Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah bagaimana Baginda menggambarkan cinta untuknya.. 


Rasulullah seraya menjawab: "Seperti simpulan yang mengikat dengan kukuh" Lebih banyak kita meruntun simpulan, semakin kuat lah ikatan itu.


Sesekali Saidatina Aisyah r.a akan bertanya manja,
"Bagaimana dengan ikatan itu? Ya Rasullah" 


 Rasulullah s.a.w menjawab, "Ia sentiasa kukuh seperti hari kau bertanya Ya Aishah ♥" ***



SubhanaALLAH, sweetnyer Rasulullah <3__<3..

Saturday 14 July 2012

Budak Bertuah

Assalamualaikum...


Nothing interested story..
Just want to say Happy Saturday..
Bangun pagi tdi dlm keaadaan mamai a.k.a rabun2 ayam..(erkk ada ke rabun2 ayam?)
Kuterlihat seorang budak lelaki berkulit gelap(OK "tanned")
Berambut persis mawi sedang duduk bersila mengadap PS2 dgn begitu khusyuk dan tawadduk sekali..
Ntah anak sapa yg tersesat umah den ni..
Pi pandang betol2 dpan muka..
Laaaa..adik aku rupanya..Bru perasan rmbut dia dah mngalami transformer..
Tpi hri ni dh sabtu..Bila masa pulak dia balik??
SAH!!!monteng lagi la ni ini budak..Betuah betoiii


 
Ni dia budak betuah..Dh makin gelap dah aku tengk smpai x knal dh adik sndri..
Ni Local mari tau...Bukan import punya yg macam kt stesen minyak tuhh..ekekekehh =P


K bye

Wednesday 11 July 2012

Crazy Life but Beautiful

Assalamualaikum... Aku bosan ni...(-_-)

Tadi aku godek2 mesej2 lama kt fb..Rupanya sangt bnyk mesej yg aku x balas..
Ada jgak macam banyak soalan2 lazim aku terima seperti "Abu tu jantan ke betina?"
"Adakah Johan rajalawak tu sememangnya memang Mak Jemah??"
"Bunga taik ayam tu kau rasa ada bau ke X??"
dan yang paling glemer.. "Yang mana dulu, Ayam ke telur??"(-_-)..
Akhirnya aku buat keputusan utk tak jawab soklan2 ni sbb sume ni tipuuuuuuuuu je =P ngehehh..

Soaln yg dorang tnye xderlah hebak mana.."duk kt mana?" "umur brapa?"
"cam pnah nmpak tp kat mana ya?" haaa...bnyak jgak yg psal blog..
"Acane nak buat kopak-kopak bunga ros yg turun cam hujan tuh???"
hehe..suka soklan ni..ti aku explain ya kakak sayg :D

Aku rase nak story je malam ni..
So kalau bagi yang time skolah dulu buku NILAM dy penuh dengan sinopsis cerita2, sampai tulih kat kulit buku semata-mata nak dapat anugerah emas NILAM, baca lah entry ni sambil tunjuk muka teruja OK(nada paksa)

Sebenarnya aku ni anak yang rajin lagi solehah...wakakaka( Kau pikir ni lawak ke?)
"erkkk..tetibe teringat aku ni bnyak lagi dosa..x jadilah nak menipu. OK kembali jujur =P
Dulu keluarga aku sering kaitkan aku dengan perangai perfectionist dan berlagak..
Aku bangun awal gila kalau hari sekolah,. pastu aku akan kemas bilik, katil aku punyalah tegang takyah cerita. Sampai kalau baling si Abu pon, sure2 beliau terlantun balik ke tempat duduk asal beliau.
Pastu aku akan pastikan katil aku takda sapa2 yang duduk sebab nanti tak tegang. Aku ingat lagi, adik aku duduk kat katil aku pastu aku naik hantu mengamok tak tentu pasal sampai jiran sebelah pon dengar suara aku..
Sebab apa bangun awal??
Sebab aku paling tak suka dengan perasaan bangun lewat..Mood aku terganggu..
So finally aku tak gi skolah..Bagi aku dah alang2 bangun lewat kan bek takyah gi terus..
Takyah ngadap cikgu disiplin kat depan pagar skolah and imej kau pun terjaga..kui3
Pulak 2 baju aku langsung xleh kedut2..
Percaya X aku habiskan masa sampai setengah jam untk menggosok sepasang baju kurung skolah??
Pulak tu dah hampir2 nak btolak pi skolah pon kalu tudung aku ada kedut2 lagi sanggup aku pi bukak n gosok balik..haaaa..betapa menyampah dan perfectionistnya perangai aku dulu.. Tp aku start berubah selekeh skit masuk form5..Tak de dah buat perangai menyampah cenggitu. Aku mula berlagak tenang sikit!hahaha
Pastu hari2 setan ni datang lambat ke sekolah =., =


  •  

Rasanya aku lagi suka aku yang sekarang sebab aku boleh accept being defeated. Yelah, skang ni aku lagi relax..cool der cooollll..tak pentingkan sangat ego..dan yang penting skang aku senang redha dengan ketentuan Allah..Dulu sebetulnya aku tak camni, kalau apa yang aku nak tak dapat, aku akan pertikaikan dan revenge supaya aku akan dapat...ish ish melampauii betul rase cam nak kena lempang lelaju..

Tuh laa citer pasal si perfectionista..Blum lagi kisah tingkah laku sebagai adik..
Dulu aku cukup heran dan tak paham bila kena kuti-kuti ngn Kak Long sewaktu aku conteng cermin dlm bilik pakai lipstik dia yg berjenama Shiseido lepas dah takder tempat nak conteng kat muka..

 
Skarang baru aku tau kenapa Kak Long begitu beremosi dan bertindak sebegitu egresif sewaktu dia ganyang pipi aku semata2 kerana mende lembik kaler merah tuh..
Benda kecik sebesar ibu jari yang aku pegang tuh harga dia RM75 kau tau??
Ni baru jenama Estee Lauder..
Kau bayangkanlah Yg jenama Shiseido yg aku tenyeh kat cermin tu pulak harga dia brapa!!!
Memg patut pun Kak Long aku naik hantu...
Tulaaa..saper suruh pakai yg high2 maintanance camni..
Pakai jenama Safi dahlaa..
Safi..Suci dan Murni...ngahahaha :P
Lagi senang takyah pakai mekap..
jimat masa duit pun tak melayang..
Aku memang leh tekanan tengok org spendkan duit RM100 semata-mata untuk sebiji lipstik..
Maybe sebab aku ni kedekot?? kot laa :-D 

Ntah apa lagi yang aku nak tulis nih..kih3
Kadang-kadang aku terasa macam diri nih makin matang..(hahaha kau sedang melawak ke Nor Azizah?)
tapi kadang-kadang..terasa macam diri nih makin tak betol pon ada gak..(-_-)
Kadang-kadang aku terasa macam diri nih boleh buat sesuatu perkara yang boleh memuaskan diri dan hati sendiri,
tapi pada hakikatnya..semua keputusan tidak akan sampai bila2 dapat memuaskan hati orang lain..
Kadang-kadang aku terasa macam aku boleh jerr buat sesuatu tuh seorang diri, tanpa minta pertolongan orang lain..
tapi..
pada hakikatnya, aku mana berdaya kan..(banyak betol kadang2)..

Just bersyukur jelaaa dengan apa yang Allah beri dalam hidup ni..
Kalau ada benda yang Allah tarik maybe ada hikmah..
Maybe Allah nak gantikan dengan yang lebih baik..
Kalau ada yang Allah beri..Tu tanda Allah sayang...
Kalau Allah uji..Tu tanda Allah ingat kiter..
Supaya kiter ingat Dia balik dan berusaha untuk mendekati-Nya.. :-)

Dah kot..Tu jer aku nak citer..
Takder laa crazy sangt life aku ni..Just kelam kabut ade laa..hehe..
K, bye..Selamat jalan Romeo ^,.^
.


Tuesday 12 June 2012

Mereka dan Kita

Hal Palestine..Hal Syria...
Hal Umat Islam..Hal kita..
Hari demi hari, satu demi satu kulihat tanah pejuang Islam dipijak2 dan ditinggalkan kudis bernanah oleh si Yahudi laknatullah..

Aku kagum tengok pemuda-pemudi kat sana..Begitu lantang melaungkan hak mereka..
Ditangan mereka cuma genggam sebiji batu tapi berani menentang kezaliman dan bersedia untuk mati bila2 masa sahaja..
Sebab dalam hidup mereka sentiasa ada 2 tujuan..Hidup Mulia or Mati Syahid..
Mungkin itulah salah 1 semangat yg mereka warisi daripada
Muhammad al-Fateh dan Salahuddin al-Ayubi pejuang Islam terdahulu..

Pemuda-pemudi negara kita brtuah lahir n hidup kat negara Islam yg membangun ni..erkkkk Islam ke???
Aku selalu tertanya2 betol ke Malaysia ni negara Islam??
Aku tengok hari demi hari Islam tu semakin hilang..semakin pudar..
Bukak je TV semua hiburan, aurat wanita..
Ada tu aku tengok iklan promot salah 1 IPTS duk tayang wanita yg nyanyi n mnari-nari yg pada mata aku agak kurang sopan..Pulak tu lagi iklan tuala wanita yg sangt annoying aku tengok.Duk tayang bontot modelnya,yg juga artis popular Lisa dotdotdot..Padahal model 2 Islam..1 Malaysia kot leh tengok bontot dia..
Cuba kau bgitau aku perlu ke semua tu utk promosikan produk????
Adoiiiii pening kepalo den...fenin2..Last2 den tutup TV, bukak U-Tube.,nasib baik wifi kt  umah ni laju..^..^
OK abaikan je pendapat aku yg x seberapa ni...

And about isu di Syria..
Sometime kita tengk banyk vedeo2 tntang kekejaman rejim al-aasad yg sangt extrime..
But we just look and feel sad..We say "ya Allah kesiaannya rakyat Syria kt sana..then we forget it!!
Like my friend say
"They will feel sad about it,
but then, after a several second,
Hei!!!!! it's euro time...!!!
see!!!"THEY SEE AND FORGET..."

 nOW what you can say about this vedeo, hemm????



Tepuk dada tanya Iman..
Kalau kita tak boleh do something utk mereka at least berdoa memohon kesejahteraan untuk saudara2 kita di sana..


Friday 1 June 2012

When I'm Bored

Baru 2 minggu duk umah.. Tpi tahap kebosanan dah mncapai skala tinggi.
Tapi belum mencapai tahap bercakap sorang2 K...nehi nehiii...

dan camni lah hasilnya time bosan..

gambar kolam ikan tepi rumah pun aku ambik..pekejadahnya?? -.-



terdapat 2 ekor binatang tengh lepak kat bawah kereta



dan fixie arwah Tokki...erkk fixie??


ni jiran sebelah umah..Aiman nama dia..
tengok!! kan x pasal2 Aiman pun dh masuk dlm blog..haha



tergedik2 budak ni suh aku ambik gamba



si Abu yg brjalan dengn muka ego..



OK..tu jerr
Kalau boleh satu rumah aku nak ambik gambar...ahaha

bye :-P