Sunday 6 October 2013

Kerana Kita Sering Terlupa


Bila kita rasa kehidupan ini akan berterusan tanpa penghujungnya..
lalu jiwa selesa dengan kesenangan dunia..
Dan kita leka dengan dunia kita sendiri tanpa rasa kehilangan yang pasti..
Senang hati dan lapangnya dada..
terus alpa dan terus lupa..

Adakala impian kita di dunia sementara ini memuncak terlalu tinggi..
Lalu merasa dunia ini milik kita selamanya..
Kerana kenikmatan yang sementara ini buat kita lupa yang kekal abadi..
Kita lupa yang kehidupan kita akan ada titik nokhtahnya..
lalu kita lupa tempat kembali kita yang hakiki..

Makin lama kita makin jauh daripada hakikat yang sebenarnya..
kita tahu akan itu namun tak kita ambil peduli dan ibrah daripadanya..
ketika itulah..
Kala jiwa kita terputus dengan yang mengurniakan kita kehidupan..
Jiwa kita kering kontang..
Hilang arah tuju..
Lalu kita sangka keseronokan itu kebahagiaan..
Dan nafsu itu ruang jalan..

Kita teraba-raba cari ketenangan..
Lalu kita temui kesempitan hati dan jiwa..
Kita lupa akan hakikat dan kesementaraan hidup ini..
Hingga kita hanya melihat kesalahan pada manusia lain..
Kita menyalahkan manusia lain untuk segala petaka yang hadir..



kerana kita cuma manusia biasa...
takkan lari dari merasa keseronokan..



Smile is the best make-up and medicine..but please!! not that smile -.-"



Memek muka yg berpotensi utk menghapus selera..



Life is toooOOOOO short!!!
Grudges are a waste of perfect happiness!!
Laugh as you can..
Apologize when you should..
Let go of what you can't change.. =)


~HasbiAllahu wa nikmal wakeel~

No comments:

Post a Comment