Saturday 17 March 2012

Aku Ingin Sahabat Seperti Ini

KONGSIKAN :=)


Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
[ Riwayat Al-Tabrani ]

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1)Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2)Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3)Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4)Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5)Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Doaku untuk sahabat-sahabat :

Ya ALLAH,
tatkala bahang mahsyarMU menjilat tubuh.
izinkan kami sama-sama berteduh..
Tatkala mizanMU teliti mengira,

beratkan neracanya atas setiap jasa..
Naungi kami di sana,
berkat kasih keranaMU semata..
Andai aku berdosa di dunia ini,
ku mohon sahabat-sahabat memaafkan
agar aku tak terhina pada hari pembalasanNYA..
Andai pula kulayak ke Syurga,
kupinta bukan hanya ibu bapa dan keluargaku sahaja bersama..
Tetapi juga sahabat-sahabatku ini bersama.. Aminnn..

No comments:

Post a Comment