Monday, 26 November 2018

Croissant & Latte




Tak payah duk lama2. 
4 hari kat Switzerland pun dah cukup buat aku rasa bersyukur dan hilang terus rasa bersalah sebab makan mewah sekali sekala kat Malaysia.

Kat sini RM35 baru dapat sebiji croissant & secawan latte 😌
Matilanak kalau macam ni hari2..so better masak je kat rumah. Sesekali nak merasa tu boleh la, kalau tak rugi datang jauh2 tak makan makanan sini.
Hihi

Note:tak sume kedai boleh bayar pakai kad. Prepare la sikit duit cash kat tangan.

Azizah
20181125
Lauterbrunnen, Switzerland 

Saturday, 24 November 2018

Dari Paris ke Interlaken




Hi blog,
Now aku dah berada di Bonigen.
Sepanjang hari duk turun naik train.
Letih gila tapi satu je nak cakap,
Switzerland ni cantik!!!!! Kiri kanan depan belakang cantik!!!! (eh mcm banyak je)

K, mari teruskan postmortem kita.

Paris - Geneva

Sebab perjalanan ni awal pagi so we olls naik uber je dari Gare du Nord ke Gare de Lyon. Pukul 7 a. m dah kena ada kat sini.

Kak Tiara dah book siap2 tiket train TGV Lyria ni kat Malaysia lagi. Untuk tengok harga & beli tiket train ni sila bukak website https://www.sncf.com/fr#menu
Harga tiket ni around RM150. 00




Walaupun belanja kat sini mahal tapi senyuman sangat murah kat sini. Hahaha

Cantik sangat view sepanjang perjalanan sampai nak tido pun rase rugi! 

Dah macam michellin dh berbungkus mcm ni.tapi dia punya sejuk memang takleh bawak bincang 😌


tudiaaaa nampak Mont Blanc. Subhanallah cantik sangat 😍

Zweisimmen station

Darligen. Nampak macam lukisan

So ni la Bonigen Sand.
Kampung kecil yang cantik gila. Aku jumpa rumah Manuela ni kat airbnb. Sekali tengok terus nak book..Harga pun ok. Rm870. 00 untuk 5 hari 4 mlm. Compared dengan tempat lain kat swiss, sini dah dikira murah. 


Sini tempat untuk tunggu bas




Studio yang simple & cozy gila


Why pilih untuk stay di Bonigen Sand ni? 
Sebab lokasi dekat dengan Interlaken OST. 
Interlaken ni kat tengah2, nanti senang nak ke Bern, Lauterbrunnen, Grindelwald and lain2 lagi. 

Ni aku punya Swiss pass.. Sebab duk sini lebih 4 hari so better pakai swisspass untuk pengjimatan berganda. Swisspass ni cover sume transport kat sini. Train, bas & cable car.. Nak naik gunung macam Matterhorn, Jungfrau, Titlis tu sume kena bayar ye. So cari la tempat2 lain yang free pakai swiss pass ni. Banyak je sebenarnya.. Since aku masih lagi dikira youth 🤭🤭hahaha sebab berumur bawah 27(kat sini je dikira youth) so aku punya pass murah sikit compare dgn kak Tiara. Harga swisspass ni around RM871. 00 after discount sebab beli online.
Seyek jugok wehhhhh nak berjalan kat swiss ni 😭😭

Hmmm. Sebenarnya plan asal kitorang nak berjalan kat Geneva sebelum sambung perjalanan hingga ke Interlaken. Bajet nak gi tengok Jet d'Eau, a large fountain in Geneva. Pastu ke Montreux untuk tengok studio & statue Freddie Mercury. Tapi sebab train sampai agak lewat, pastu tak jumpa line bas mana yang bawak ke Jet d'Eau..tengok jadual bas dorang kat tepi stesen tu pun dah celaru tak faham. Tanya orang dekat2 situ pun depa speak german swiss. Mana la mak nak paham!! Dah la masa kat geneva cuma ada 2 jam je so terus batalkan je plan tu. Rase rugi la jgak tapi nak buat camano 🤧 

Dari Geneva kena tukar train. Kali ni tak naik TGV dah. Naik panoramic train untuk tengok view sambil layan perasaan sepanjang perjalanan..ko rase? 
Oh ye! Time ni dah start pakai swisspass yer! 

K. Bye

Note: Paris Gare de Lyon - Geneva - Montreux - Zweisimmen - Interlaken OST - Bonigen Sand(Bus B103) 



Friday, 23 November 2018

Bonjour Paris


Hi blog 👉👈
Aku tak tau nak start dari mana.
Sebelum berangkat ke europe aku busy gila. Lepas balik keja tengah2 malam baru aku duk melongo buat research sorang2.
Nasib baik kak Tiara selalu update dengan aku pasal apa2 yang nak kena prepare. So, kak tiara handle untuk setiap ticket train, aku plak cari accommodation & study setiap tempat yang akan kami pergi. Preparation barang2 apa sume cari last minute..

So, yeah
Ni second time aku & kak Tiara sampai Paris. Actually tak sempat nak enjoy pun macam 2 tahun lepas sebab stay 2 hari je.
Nasib baik kitorang book hotel betul2 kat depan stesen Gare du Nord. Senang la nak g mana2.

Sampai je Paris dalam pukul 12 lebih camtu terus cari tiket train ke Gare du Nord.
Aku beli t-ticket 10 keping berharga £10.
Cukup la setakat nak guna 2 hari untuk 2 orang.. Better beli 10 keping terus. Sebab kalau beli satu2 harga ticket ni jatuh £1.49 sekeping.


Kecik je tiket ni.
Lubang hidung ko lagi besar! 

Sampai je hotel, check-in, & rehat jap.
Pukul 4 terus solat, siap2 untuk keluar. First destination off course Trocadero. Dulu kitorang tengok Eiffel Tower dari Champ de Mars, so tahun ni nak tengok view dari Trocadero pulak.

Waktu kitorang keluar ke Gare du Nord tu dalam pukul 4 lebih, cuaca kat luar dah macam nak gelap dah. Sampai di Trocadero Station, kat luar dah gelap macam pukul 9 malam dh 😂😂
Sejuknye ya Allah takyah cakap la. Dah pakai glove pun tangan still rasa kebas..

Paris Red Bus

 Camni je la view dia kalau tengok dari Trocadero ni. Hahaha. Ni sume sebab terpengaruh dengn Mission impossible tu.






I nak panah hati you boleh?? 😂😂

Lupa nak tulis awal2 tadi. 
Hati2 bawak beg kat sini. Waktu dalam train hampir2 nak kena samun dengan pickpocket. Dorang ni pandai, pakai scarf besar2 pastu tangan menjalar dalam beg orang. Nasib baik cepat sedar time tu kalo tak matilanak! Kurang ajar punya perempuan. Muka cantik tapi mencuri. Hmm

Passport, dompet, phone sume aku letak dalam pocket sebelah dalam coat. Lagi selamat. Since aku ni tailor yang creative, sume winter coat aku tambah pocket kat dalam! Hahaha🤭🤭


Panjang lagi perjalanan ni. 
Tu je dulu, 
Chao 👋

Note: Gare du Nord(metro line no-4) - Strasbourg Saint Denis(line M9) - Trocadero



Wednesday, 3 January 2018

Blank


I see blank space again here. 
Aku harap life aku tahun ni tak hambar. 
Actually bnyk benda yg berubah dalam hidup aku sejak 3 tahun lepas.. Bermula dari aku cakap nak sambung degree, then tiba2 my mom meninggal..aku lost, aku merajuk dengan ayah(yang sampai sekarang aku meyesal buat perangai mcm tu)...2016 adalah permulaan aku belajar hidup sendiri & berdikari selepas abg ipar aku meninggal dalam kemalangan & kakcik decide nak balik kampung demi future anak2 dia..
Aku takut sebenarnya waktu tu.
Aku still takleh bayang mcm mana nak hidup sorang2 di tempat orang ni.
Abg sul & angah bnyk kali pujuk utk tinggal bersama dorang kat puchong. Tapi aku tolak. Aku taknak dah susahkan dorang. Lagipun masing2 dah ada keluarga sendiri. Dorang datang jenguk aku sesekali kat sini pun dah cukup..
It's ok. Hati aku keras.
Hahahaha 
2 tahun lepas
Aku cakap aku taknak jadi ikan mati.
Aku  nak jadi ikan hidup yang berenang lawan arus.
Tapi hakikatnya aku jadi ikan yang separuh nyawa.
Dah penat nak berenang lawan arus jadinya aku cuma bertahan di kolam yang sama..
Tapi..
Sampai bila nak macam ni?

Thursday, 7 September 2017

IKHLAS

Tau apa yang paling mahal dalam dunia ni?

IKHLAS!

*nanti bila ada anak aku nak bagi nama dia Ikhlas. Supaya dia selalu ikhlas dgn segala mak nenek ujian dalam dunia ni..
Ikhlas! Hmmm sound's good 😆🤣

I'm Alien

Aku dh jumpa satu lagi kebolehan istimewa dlm diri aku. 

Iaitu hati aku boleh dipatah2 dicantum then dipatah2kan balik sampai lebur dengan selambe..sampai dah tak rasa apa2...

Sunday, 23 July 2017

Catatan Buat Bonda


Bondaku,

Moga di alam sana cintaNya melimpah limpah buatmu.

Moga rumahmu lapang , disinari cahaya dari setiap sudut. 

Hinggakan tidak ada satu pun kegelapan berani dekat..

Moga disana layanan untukmu melebihi bidadari.

Moga doaku sehari-hari Dia sampaikan kepadamu dalam sesaat.

Moga disana nanti,

akan kumampu capai & genggam tanganmu, 

Kita ke syurga bersama..


Di sini,

Di dunia yang sementara..

Kenangan kita kusimpan

Semat dalam kalbu..



Ma,

DikNor rindu..😢


~al-fatihah

 

Friday, 9 June 2017

Catatan 15 Ramadhan

Buat jiwa yang sedang lesu,

Teruskan perjalananmu,
Dapatkan apa yang kau ingin capai,
Usah berpaling ke belakang lagi..
Andai ada yang mencintaimu seikhlasnya,
Pergilah,
Raikan keikhlasannya..
Andai ada yang memilikimu tetapi tak menghargai,
Pergilah darinya
Jauhi dia,
Kerana kesetiaanmu tak selayaknya dibalas sebegitu,
Dan kerana yang namanya peluang itu takkan ada yang ketiga atau keempat.
Mungkin kau dilihat polos,
Tapi kau bukanlah bodoh..

Murahkan hatimu
Tapi bukan untuk cinta manusia semata,
Kerana yang dinamakan cinta itu lebih banyak yang menipu..
Usah kau perlekehkan cinta dalam persahabatan,
Kerana atas dasar cinta seorang sahabat,
Seorang Saidina Abu Bakar merelakan dirinya menahan patukan ular dari terkena baginda Rasulullah SAW.
dan kerana kuatnya cinta seorang sahabat,
Seorang Salman al-Farisi merelakan dengan ikhlas bila gadis yang ingin dipinangnya lebih memilih sahabatnya Abu Darda sebagai suami..
Dari itu.,
Bukakan hatimu
Buat mereka yang membawamu kepada cinta Ilahi.
Kerana itu lah cinta yang hakiki.
dan..
kerana tangan mereka lah
Yang mampu memimpinmu ke syurga firdausi..

Tulus dari hati.
Azizah
15Ramadhan1438

note: dalam diam rindu nk berkongsi kisah sahabat2 Rasulullah dgn Sarah, kakAima, Sarina , Nabilah & lain2..

Tuesday, 30 May 2017

PUASA

Tadi tengah duk termenung sorang2 lepas berbuka suddenly I got a WhatsApp from my lil bro..actually menyakitkan & menyedihkan tau berbuka sorang2 ni. Yang cekal hati & mental kuat je mampu lalui semua ni. cheeeeeewah. tp aku x rasa pun mental aku ni kuat. Walaupun aku type "hahahahaha" tp hakikat sebenarnya aku tgh menangis..

adik: Nor. Ok ke tu berbuka sorang2?

Aku: OK je. Tp huhuhuhuhu la jugok!

Adik: Aku pun huhuhuhuhu jugok! 2 hari dh berbuka dlm kreta!! hmm
Xpe. Hujung minggu ni kita buka puasa sama2.

Hmm =.=

note: sometimes kau x perlu pun sentiasa bersama2 dgn org2 yg kau sayang! Cukupla kau tau yg diorang concern pasal kau. 

Friday, 19 August 2016

Parachute



Love is like an aeroplane
You jump and then you pray
The lucky ones remain In the clouds for days
If life is just a stage
Let's put on the best show And let everyone know

Cause if I have to die tonight
I'd rather be with you

Cut the parachute before the dive
Baby don't you cry
You have to bring me down
We had some fun before we hit the ground

Love is like a hurricane
You know it's on the way
You think you can be brave
Underneath the waves

If life is just a dream
Which of us is dreaming And who will wake up screaming

Cause if I have to die tonight
I'd rather be with you
Cut the parachute before the dive
Baby don't you cry
You have to bring me down
We had some fun before we hit the ground

Cause if I have to die tonight
I'd rather be with you
Cut the parachute before the dive
Baby don't you cry
You have to bring me down
We had some fun before we hit the ground

Cause if I have to die tonight
I'd rather it was you
Cut the parachute before the dive
Baby don't you cry
You have to bring me down
We had some fun before we hit the ground


Sean Lennon - Parachute

Saturday, 6 August 2016

ABSENCE


But If you knew you might not be able to see it
again tomorrow,
everything would suddenly become special and precious..
wouldn't it?



LET ME BE



I want to live simply..
I want to sit by the window when it rains,
seeing flower falling down..
and read the good book..
I want to draw because I want to,
not because i've got something to prove.
I want to listen to my heart, my body,
fall asleep when the moon is high and wake up slowly,
with no place to rush off to..
I want to go place where nobody know me.
I want not to be governed by money or clocks
or any of the artificial restraints that humanity imposes on itself.
I just want to be..
"BOUNDLESS and INFINITE"..

Sunday, 26 June 2016

AMOR



Whatever
or whoever you are..
The people they go back to in the end..
is FAMILY..
The home inflicted upon you outside the home..
and the scars inflicted on you by life itself..
and even the pain inflicted on you by family.

The people who always hold you and stand by you until the end .
in the end..
it's FAMILY.


#secondyears Ramadhan without you Ma...there's no day that I didn't miss you..
Azizah.
270616
01:19 a.m

Monday, 14 March 2016

SIGNAL


tengah tengah duk fikir sampai rasa nak pecah kepala ni
nak batal ke tak trip bulan 10 nanti.
yela aku fly solo ke Italy,
Nampak je selambe tp aku takut sbnarnya 😂
buatnyer aku tersesat time transit kat Doha nanti acano har?
mati la makk nak!T__T

Seharian aku duk fikir nak batalkan booking.
sampai solat pun tak khusyuk -.-
then,
tonight someone whatsapp me!
Nak cari teman utk trip ke Italy & Austria nanti.

so,
ni signal ke utk aku?
supaya jangan stop di tengah jalan?

ya Allah.
Engkaulah sebaik-baik perancang!
permudahkan segala perancanganku.

Tuesday, 26 January 2016

Just Stupid Words


My dad told me that tears are just like urine.
It's bad for you to hold it back.
He said
"We must release them regularly. So they don't overflow.

I guess you haven't released your tears in a long time.



Heart


When I was going to art class, 
I didn't want to waste the paint. 
So, I used it sparingly. 
Do you know what happened? 
It became hard and clumpy. 
I didn't even use half of it and I had to throw it away. 












"Your heart and the paint is all the same. 
don't save it or it's going to get hard". 

Thursday, 31 December 2015

2016 (Aku Nak Jadi Ikan Hidup)


"kadang aku harap aku boleh jadi macam air sungai..
just go with the flow.
Tapi ikan mati jer yang go with the flow.
ikan hidup akan terus bertahan melawan arus. jadi life ni ada choices yang kita pilih.

kalau go with the flow, apa beza dengan ikan mati?


~sayonara 2015

Saturday, 26 December 2015

DECEMBER BLUES



Hampir 9 bulan aku tak menulis apa2 kat sini.
kadang tertanya2 wujud lagi ke blog aku ni?
Terlalu banyak cerita yang tak mampu nak diceritakan...


AZIZAH
26 December 2015

Saturday, 7 March 2015

Random on Saturday


Pagi tadi bangun tido dengan mimpi2 yang masih tersisa.
Kugagahkan diri ke dewan peperiksaan di Sekolah Teknik untuk jawab MUET!!
emmm..padan muka.
sapa suruh tak hadir ke muet tahun lepas..Duit burn macam tu jer.
Fikiran tengah serabut konon..puihhh
K..past is past..hahaha

Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang.
Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan.

~Insya Allah., aku nak sambung degree... doakan aku

Wednesday, 4 March 2015

Setapak ke Sewing Studio Impian

Setapak demi setapak semangatku kuat untuk terus melangkah..
Rela kutinggalkan dulu warkah jiwang2 dan kisah2 cinta..aherherher (jangan muntah plishhhh)
Now tengah gigih menabung untuk masa depan dan memiliki studio sendiri..
Tapak dah ada..cuma duit jer tak cukup untuk ubah suai..sobss sobss T______T

Ever since aku tengok Hillary Duff punya sewing studio, rasa macam deserve respect jgak a respectable space untuk berkarya.Ye lah..ingat senang ke nak buat dress.
Dari selembar kain nak jadikan baju ikut design itu ini memang a strenuous process. so perlukan lot of love gittewwww tau!
So the right space with the right feel itu al-sangatlah al-penting..trololool

Lepas tu aku ngada-ngadalah sikit google idea kat Martha Stewart idea..Rasa macam time skolah dulu balik..Dulu minat sangat tengok Martha Stewar show tiap kali hujung minggu..
haha rinduuuu

here an awesome Martha Stewart.
She can cook, she can bake, she can sew, and create a lot of creative work.
That's why I like her..hihi


Ni memang awesome. Baru la nampak pro sikit.

ni memang cukup rasa dgn cita rasa aku. dapat the view of the ocean, the trees. Very spacious. Work tables yang amazing- ada island ( yg depan sekali is an island), ada U table kat bucu depan sana. Barang-barang semua boleh simpan and hide from view dalam kabinet. Finishing warna putih yang bagus untuk pencahayaan and ultimately for photoshooting. aiyyaiiyaiii

What I like most about this room is everything is hidden inside those awesome built-ins! 
Aku suka sebenarnya everything not in sight macam ni- bila nak pakai baru keluarkan.
Nak cari apa-apa pun senang sebab tersusun.
Baru betul sewing room impian ni pasal nak belanjanya pun bajet impian jugakkkkk...hahaha

Yeahhh..this is tooo cute to handle.
Tp tak sesuai untuk manusia yang clumsy macam aku 8D

haaaaa..ni sangat sesuai.
cukup semua..nak lumba lari pun boleh kat dalam ni.
Clean & clear..

~Happy decorating Nor Azizah!!!!!