Saturday, 28 April 2012

What We Call Usrah(Bulatan Gembira)



Assalamualaikum...

Bulat itu comel..ekk tetibe =_="
Kenapa aku sebut pasal bulatan?
Pernah X korang tengok sekawan or keluarga duk sembang2 dlm bntuk bulatan??
Harapnya dorang tengah buat prbincangan ilmu..Bukan mengumpat yer!!
Nahhh!! Itulah yang dinamakan Usrah..

Usrah not means berkumpul duk dalam surau only..
Usrah jgak not means ceramah...
Usrah is from kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga Or nak maksud yang lebih clear lagi usrah tu kumpulan or individu or mukmin yang beriman ngan agama Islam, berusaha and tolong- menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.. That Is USRAH!!

So, apa yang aku nak cerita pasal Usrah kali ni?
Saje2...heee...

Kalau korang peminat Naruto Korang perasan tak??
Naruto happy sebab dia ada usrah (keluarga) yang menyeronokkan.
tapi, kenapa masih ramai yang bosan dengan usrah?

Maybe kita faham yang usrah itu just perjumpaan mingguan yang di dalamnya ada pengisian majlis ilmu tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit pendengarnya.
HELLO!!! Ia lebih drpd tu..

Apabila usrah dilihat seperti itu, maka ia tidak ubah seperti sebuah ceramah berskala kecil.
Sesebuah usrah yang semacam itu tidak mungkin mampu membina keperibadian ahli usrahnya seperti ahli-ahli usrah Naruto.
hehe..tetibe Naruto lak terbabit sama.. OK jujur..Aku bukan peminat Naruto yg tegar mcam adik aku..
Tapi dsebabkan dia slalu ontime tengok citer tu aku terbabit sama sampai aku ingat watak2 dlam kartun sengal tu..n____n

So, apa kaitan Naruto dgn usrah skarang?
Bayangkan Naruto hanya duduk bersimpuh mendengar tazkirah daripada naqibnya. Pasti dia tak mampu nak berlawan dengan geng-geng brutal. Memalukan bukan!!
Itulah yang akan terjadi bila sesebuah produk yang gagal di dalam pendekatan dan tidak jelas di dalam matlamatnya.. Sesungguhnya Usrah adalah perkongsian.

Mengenai usrah Naruto, ia telah diketuai oleh seorang naqib. Naqibnya, Hatake Kakashi merupakan antara naqib terhebat yang diiktiraf oleh Konoha (kampung Naruto) Bukan tu jer, naqib ni gak boleh dianggap sebagai naqib genius sebab berjaya tamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun.
Di sini kita lihat,
Kakashi telah membentuk satu karisma yang hebat ke atas anak usrahnya pada peringkat awal! Sedikit taaruf (pengenalan), yakni rukun usrah pertama dalam usrah Naruto yang dipimpin oleh Kakashi.
Usrah Naruto (juga dikenali sebagai Usrah 7) telah dibentuk oleh Genin yang terdiri daripada Uzumaki Naruto (うずまきナルト), Uchiha Sasuke (うちはサスケ) dan Haruno Sakura (春野サクラ).
Ahli2 usrah ini telah dipilih bagi mengimbangi kebolehan masing-masing.
Naruto, ahli usrah paling teruk dalam pasukannya mendapat manfaat daripada kecerdikan Sakura dan kecekapan Sasuke. Sakura pula mendapat kebolehan bertarung daripada rakan-rakan usrahnya secara tak langsung manakala Sasuke mendapat faedah melalui taklim yang tak pernah putus daripada kedua-dua ahli usrahnya.
Nah, inilah tafahum (rukun usrah kedua) hasil didikan usrah. Saling mengenali dan melengkapi.
Hasilnya?
Lahirlah kader-kader seperti Naruto yang mempunyai fahaman ukhwah yang tinggi bagi menyelamatkan ahli usrahnya, Sasuke daripada terus diheret ke dalam kegelapan.
Sasuke telah tercampak ke lorong kotor kehidupannya dengan menyertai usrah lain (Akatsuki) yang terpesong perjuangannya. Kerana sayang kepada Sasuke, api semangat Naruto sesekali tidak pernah padam untuk menyelamatkan sahabat kesayangannya daripada terus lalai dan usaha mengembalikan Sasuke kepangkuan Usrah 7 tidak pernah putus.
Macam misi telah dilakukan oleh Naruto untuk menyelamatkan Sasuke walaupun menemui pelbagai jalan buntu semata-mata kerana nilai ukhwah.
Inilah buah didikan usrah, kesan daripada kefahaman yang tinggi telah menyebabkan Naruto bersusah payah ingin menyelamatkan Sasuke yang timbul daripada dasar usrah ketiga iaitu takaful (saling tolong-menolong). 

Dalam fikiran aku sekarang??
Adakah kita berada pada tahap usrah ini...? sehebat tahap Usrah Naruto??


Pagi tdi time joging jumpe Si Comel ni tgh gigit rumput....

_
Sesi usrah brsama kwan2 di pagi hari :)






Usrah dan kasih-sayang saling berkait...
dan bukankah berusrah itu jauh lebih baik drpd kita duk brsembang kosong atau mengumpat?? o.O"


Sekian.. :-)

No comments:

Post a Comment