Saturday, 13 August 2011

Apabila Muslimah Berfesyen

       

Sudah sampai separuh ramadhan..Ada separuh je lagi kan..Apa perasaan kita sekarang??
Gembira sebab nak sambut raya???or sedih sebab ramadhan akan meninggalkan kita..tepuk dada tanya iman beb..:)
 
      OK!!!Yang tu introduction je..saje aku nak tanye..haha..tak yah bagitau jawapannya..kan aku dah cakap "tepuk dada tanya iman"...

     Last week Lecturer Pendidikan Islam aku ada bagi kitorang tugasan yang mesti disiapkn sebelum raya..Esei tu bertajuk "Berfesyen Di Kalangan Muslimah:Sejauh Mana Keharusannya"
"Sejauh mana keharusannya???" Aku betul-betul tertarik ngan tajuk ni sebab aku pun muslimah yang suka berfesyen tapi bukan mangsa fesyen tau..no no no...Memanglah kalau kita tengok sekarang kan fesyen dan cara berfesyen di kalangan muslimah semakin trendy dan bergaya..Namun jika kita perhatikan secara mendalam kepelbagaian fesyen yang dijaja atas nama islam tu ada yang kelihatan bertentangan dengan islam..Dan aku paling sakit hati sakit jiwa bila tengok pempuan pakai tudung tapi pakai t-shirt ngan lengging..tutup aurat ke cam tu??? Tu balut aurat lah..tak senonoh beb..kemon lah..orang pempuan tengok pon hudoh mentelah lagi kalau orang lelaki tengok kan..Sebagai perempuan islam aku malu...

   Sebenarnya perspektif islam memandang bergaya mengikut trend semasa bukanlah satu perkara yang melanggar undang-undang syariat asalkan ia menepati garis panduan yang ditetapkan agama..Hal ni kan dah jelas dalam firman Allah S.W.T:
   "Katakanlah kepada wanita2 beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya..(an-Nur,31)..

   Melalui ayat tu Islam tak pernah melarang umatnya bergaya dan mengikut aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama..Tujuan islam adalah untuk menjaga kehormatan dan maruah wanita daripada lelaki..
Bagi aku tentang sejauh mana keharusan wanita islam berfesyen ialah wanita islam boleh berfesyen tetapi bukan harus..Asalkan kita menutup aurat dan sedap mata memandang sudah cukup..tak perlulah tudung yang pelbagai style dan up-to date bagai..

   Niat lebih penting..niat kita untuk menutup aurat bukan untuk menarik perhatian...
OK laa...setakat ni je aku bleh bagi pendapat..Aku tak mau bagi pendapat yang panjang2 sedangkan aku sendiri masih lagi merangkak dan banyak lagi kelemahan diri yang masih perlu diperbaiki...Kang aku tulis panjang2 kang then ada yang terbaca tak pasal2 ada yang terasa lah bagai..."Aku tak suka dipanggil pembajet.."
Sama-samalah kita mencari dan memperbaiki kelemahan diri...Adios!!!!!n_______n


                        Tolonglaaa jangan pakai cam ni...hudoh tau tak!!!haishhhh..memalukan je

                                                   Tengok!!!!comel kan pakai camni...n_________n

                     Islam itu indah..Wanita islam adalah permata...Jadilah permata yang berharga...:)

No comments:

Post a Comment